22 May 2016

3 years......

      Yeayyy, finally, aku dah habis belajar diploma selama 3 tahun and now tengah duduk rumah tanpa hala tujuan. Tak tahu sama ada nak ambik degree or acca, kerja or kahwin. Ihiks..

       So aku nak abadikan kenangan aku selama 3 tahun dekat Kuantan dalam blog ni. Maklumlah, aku ni orangnya cepat pelupa. Masa result upu keluar, aku takde rezeki nak masuk dekat situ, jadi aku pun gatal lah tangan nak apply dekat KPTM Kuantan ni. Semua tanya, kenapa nak apply jejauh, kan kat KL and Bangi pun ada. Sebab nya aku sorang je yang tahu. hehe. Disebabkan aku gatal tangan apply kat situ, aku pun dapat sambung dekat situ course diploma in accountancy. Masa mula-mula aku dapat dekat situ, parents aku macam tak kasi sangat, yela ni kan first time anak dorang belajar jauh, perempuan pulak tu macam-macam yang dorang risaukan, nanti balik naik bas lah, jauhlah, susah nak jumpa lah and lastly dorang pun setuju sebab anak dia yang sorang ni memang nak sangat :P
     Masa mula-mula nak pergi kat sana sedih happy semuanya ada. Yang sedihnya kena hidup berdikari, jauh dari parents, tak boleh makan ibu masak and macam-macam lagi lah and happynya sebab boleh jumpa ramai kawan haha. And then boleh rasa hidup di negeri orang, boleh pergi berjalan sesuka hati haha.
    Masa register, aku tak kenal sorang pun kat sana, mula-mula register parents kena duduk asing dengan pelajar, time tu la aku kenal dengan roommate aku ni. Masa tu dia register dulu dari aku then masuk dalam dewan, dorang tengah bagi kunci bilik and then sapa yang dapat kunci bilik tu boleh terus pergi ke bilik untuk letak barang. Time tu lah aku tanya orang yang duduk sebelah aku 'nampak tak roommate saya yang mana satu' lepas tu dia jawab 'tu roommate awak yang pakai tudung kuning tu' haha.So lepas dah jumpa roommate aku yang mana satu aku pun terus pergi dekat blok R merangkap asrama aku. Selain makan dekat cafe je kat sini jugak best sebab kalau nak order makanan boleh mesej je makcik and pakcik kat kedai belakang asrama tu untuk order. Then nanti bila dah siap dia akan hantar kat pagar so jimat lah masa kita untuk pergi keluar beli makanan. Ingat lagi bila first time tahu ada kedai yang masak masakan panas aku semangat order nasi putih, tomyam campur, kailan ikan masin and telur dadar plus sambal belacan haha. Semua tu aku makan sensorang sebab dah biasa kalau pegi kedai akan order macam tu. Tapi lama-lama aku order nasi bujang jugak haha gila apa nak makan macam tu setiap hari. mau pokai duit aku. Act aku sebenarnya tak suka duduk asrama sebab aku ni jenis penakut yela kalau baca kisah seram mesti kesemuanya akan berkait dengan asrama ada hantu dalam toilet la, bilik lah and macam-macam lagi. So untuk mengelakkan aku fikir bukan-bukan time dalam toilet setiap kali pukul 6 aku mesti dah siap untuk mandi malam. Kronikkan penakut aku ni. Haha. Tapi so far Alhamdulillah takde apa-apa pun yang jadi masa aku duduk asrama tu. Tu semua hanyalah mainan perasaan je. Masa mula-mula dapat sebilik aku  risau kalau tak boleh sekepala dengan roommate aku ke apa tapi bila dah duduk sebilik dialah roommate yang paling baik aku jumpa. Study sesama makan meggy sesama and gossip pun sesama and kitaorang rajin ubah bilik sesama. Setiap bulan mesti bilik kitaorang akan berubah. Selain daripada tu, aku pun ada kenal jugak dengan budak bilik sebelah ni nama dia Eyra. Macam mana boleh kenal dia ni sebabnya dia ni classmate Siti merangkap roommate aku. Kalau dia lalu depan bilik aku mesti tahu sebabnya dengar je kunci dia. So time semester 2, kitaorang decided untuk duduk dekat rumah sewa je dengan alasan untuk berdikari lagi. Haha. Masa duduk dekat rumah sewa tu, macam macam dugaan kitaorang kena lalui. Rumah kena pecah masuk, time nak study makcik-makcik tu bising bergaduh, budak-budak main depan rumah kitaorang and macam macam lagi lah. Stressnya tu hanya Allah je yang tahu. Haha. So kat bawah ni lah gambar housemates aku

 Ni lah housemates aku dari sem 1-5. Dari kanan Siti, Eyra and Me


Yang ni pulak ada housemates baru. Nama dia Amera. Tapi dia duduk dengan kitaorang sekejap je. Satu sem je rasanya. Amera ni minat sangat dengan anime and kitaorg rasa dia tu macam adik je walaupun sebaya. Haha.

And yang ni housemates aku dari sem 4 sampai lah habis sem dekat kuantan tu. Haha. Thankyou so much korang sebab selalu ada time susah dan senang. Eyra and Siti thankyou sebab selalu tolong, selalu bagi support and macam macam lagi yang korang buat. Thankyou thankyou.

Selain ada housemates, aku pun ada kawan yang best jugak dekat sana. Nama geng kitaorang F8. Flower lah sangat tu. Haha

Dari kiri ain, isha, yana, anis, dayah, ziera, aku and tiera.

Yang nama F8 tu dorang dapat lepas tengok boys over flower lah tu. Kan dalam cerita tu ada f4, so kitaorang pun nak lah jugak jadi F8 gitewwww. 
Masa sem 1, kitaorg berlapan jadi classmates. Then sem seterusnya, aku, ain, tierah and anis je jadi classmates and yang lagi 4 orang tu pun masuk class lain. Even tak sama class pun, setiap kali ada gap, mesti kitaorg akan lepak sesama, selfie sesama, makan roti canai sesama and haruslah ada gosip sesama. Rindu nak buat assignment sesama, jawab quiz, buat test and study sesama. Tapi study tu tiu je sesama sebabnya kalau duduk ramai2 pun tak study. Haha. And Alhamdulillah selama aku kat sini, aku dapat anugerah dekan every sem. Even bukan 4 flat pun, aku bersyukur sebabnya aku boleh bagi parents aku happy. Lagipun macam mana nak dapat 4flat kalau setiap malam tengok Running man. Haha. Btw thank you korang kerana menceria kan hari-hari aku kat sana selama 2 tahun setengah. Lagi setengah tu dekat sini sebab intern dekat puchong. Haha. Even kadang-kadang kita ada jugak salah faham, terasa hati, tu semua benda biasa kan. Yang penting aku sayang korang sangat-sangat.

Kawan baik plus jiran depan rumah + pergi kelas sesama + orang yang aku kena kejutkan pagi-2 kalau tak bangun tak pergi kelas + orang yang selalu ajak aku ponteng. Hahaha *anis memang betulkan apa yang aku tulis ni. haha 

Sem 3 time ni...

Sape yang akan kawin dulu eh ?

 Deans List Dinner 

 Last paper horayyyyy 

 Dorang sambut birthday aku dengan kotorkan baju aku dengan tepung plus air and time ni aku nak keluar. Haha. 

Deans List Dinner Arabic Theme

Last day at KPTM...

And ni gambar farewell dinner. 

So tu lah cerita aku selama aku dekat kuantan. Memang mula-mula best belajar jauh dari parents, tp lelama tak best pulak haha. Sebabnya aku benci naik bas duduk lelama dalam tu. Tapi takdelah lama sangat, Ahh whatever lah. Bila duduk jauh dari parents, baru lah aku tahu macam mana rasa rindu dekat fam, rindu nak rasa masakkan ibu, kalau time demam nak ibu yang masak, kena masak sendiri lepas balik kelas ataupun tapau makanan. Yela sebelum ni balik sekolah je mesti lauk dah ada atas meja and macam-macam lagi. Tapi takpe, tu semua kenangan bila duduk jauh dari family and belajar berada di negeri orang. So merantaulah selagi boleh merantau ye